Follower aku sikit sebab korang tak follow lah!!

January 6, 2012

Header sepanjang 2011

Revolusi Header blug Planet Wan sepanjang 2011. blug, blug.



Tahukan anda, blog ini asalnya nama "50 Mila". Mila bukan nama awek aku. Just baca post ke-2.


Pada February, 15, blog ini tukar kepada nama Planet Wan. Read the history. Masa tu otak belum datang lagi, sebab tu macam kanak-kanak.


Then, tukar warna. Dari warna hijau putih yang mesra alam tu, menjadi warna rasmi Planet Wan, merah putih.


Kemudiannya pun, tukar lagi header baru. Daripada quotes "If life give you lemons, make some kind of fruity juice". Curi trademark Julian Smith, "I Made This For You".


Disebabkan kebosanan yang melampaui batas. Aku nekad tukar header yang lain dari blog lain. Cuba untuk menipu pembaca. Buat header "Google Error".


Setelah ramai yang komplen pasal blog tak boleh bukak. Diorang tak baca tu, kan ada bagitau "Zaqwan kirim salam". Gurau sikit pun tak boleh ke? Tukar ke jadi website "Malaysia Airlines" pulak.


Then, bulan Ramadhan kian tiba. Jadi, Wan cari makanan paling sedap sekali untuk buat header. Tapi Wan tak tau, apa makanan paling sedap yang boleh buat orang puasa meleleh. Jadi, Wan buat sajalah header gambar "Burger BBQ Prosperity McDonalds".


Tibalah di Hari Raya yang mulia. Tukar header lagi.


Tukar header cantik sikit, sebab header gambar Raya baju pink tu, raya tahun lepas punya. Wan ada perasan yang Miss S ada mention "nak mamat mini cooper je". Lebih kurang macam tu lah ayatnya, lupa plak. And Wan ada nampak dia like picture Mini Cooper lepas Wan guna header ni. Something wrong, somewhere.


Apabila Raya sudah habis, tukar ke header biasa. Tapi header biasa macam bosan sangat. So, Wan tambah gambar kereta 'Lamborghini Aventador'. Sehingga lah suatu hari Sir Ravi, my english teacher mention dalam kelas. Aku rasa dia ada buka blog ini, and dia pesan suruh fokus untuk SPM.


So, SPM sudah hampir. Tukar header lagi. Haha, Sijil Pelajaran 1Malaysia. Sorry Dato' Seri 1Najib sebab saya pandai-pandai letak nombor1 kat perkataan tu. Tapi kan Dato' suka nombor 1.


Lepas SPM tamat, Wan ada sedikit konflik dengan Miss S. Bukan konflik, Wan cuma tak tau macam mana nak tegur dia sebab masa SPM tak contact.


Then baik balik dengan Miss S. Sehingga ada orang tegur, "sanggup mematrikan nama dia kat blog kau". I don't care because this is my blog.


Then, ada sedikit problem dengan Miss S. Dan problem itu menjadi besar and aku tak tau macam mana besarnya problem itu. Aku dah cuba macam-macam cara untuk minta maaf, tapi tak tau lah. Sekuntum bunga merah tu adalah dari kek Miss S. Lagi sekuntum, warna kuning dan aku suruh dia simpan. Tak tau lah ada ke tidak. Hope ada dan dia simpan.


Di sebabkan problem dengan Miss S tak selesai dan aku tak tau bila nak selesai. Wan tukar header ni.


Akhir sekali, header ni yang menyambut Tahun Baru 2012. Dan telah diguna lama. Ia simple and nice.


P/S: Ada lagi header yang ada dalam komputer tapi tidak di upload kerana tidak lulus "Lembaga Penapisan Dalam Negeri" seperti header "Wo Ai Ni" kerana telalu jiwang gila dan mengganggu sensitivity orang lain.

0 komen yang dahsyat:

Search This Blog

Loading...