Pagi-pagi aku bangun terus ke kantor kerja. Working. Before that, hari itu hari first budak "kembali ke sekolah". Then, dalam pukul 4 lebih, Hans datang Butique. Dia nak jual barang kat orang, dah janji kat Bukit Gambir. Lepas dah jual barang, aku terus balik rumah naik motor. Then, Hans datang rumah aku sebab dia nak jumpa awek dia. Naik motor ke BP, I mean Bukit Pasir.
Campak Hans kat awek dia, then aku terus pergi KFC untuk lunch. Lepas makan, aku terus pergi Wetex lepak kat burger depan Hotel Classic. Cikgu pun ada, sekolah pun niaga lagi ke? Hans kalau dah jumpa awek dia, memang tak tau nak balik. Then, Ayep mesej suruh datang rumah dia sebab nak pergi Melaka tonight. Amik Kongkang dan terus pergi rumah Ayep, dalam pukul 6.40 petang.
Sampai rumah Ayep, lepak kejap sebab nak pergi Melaka malam, lepas Maghrib. Masa kat rumah Ayep, Ayep ada cakap sesuatu kat ibu dia. Then, aku cakap balik apa yang Ayep cakap. Aku boleh terpanggil mak Ayep, "ibu". Kaw sial. Lebih kaw lagi, mendapat respon yang baik, "Ye, anakku".
Then, selepas solat Maghrib, baru gerak pergi Melaka.
Sampai saja Melaka, terus pergi PADINI. Peh, ramai orang. Ada sale.
Aku tak beli apa-apa barang pun. Aku tunggu luar, then call Ayep. Ayep kalau dah sampai PDI, memang tak tau nak balik. Sampai kedai tu nak tutup, baru dia keluar.
Lepas shopping, dalam pukul 10 malam lah PADINI baru tutup. Then, pergi McDonalds sebab awek Hans kirim prosperity. Manja sangat, suka mengambil kesempatan terhadap pakwe. Disebabkan cinta Hans yang setia tu, dia belikan lah.
Then, pergi cari kedai ikan bakar kat Umbai. Niat nak belanja diorang sebab baru dapat first gaji kan. I don't much care about money, tapi aku seronok buat orang gembira. Macam aku dalam kelas, aku suka buat orang ketawa sampai troma.
Sampai saja medan selera Umbai. Hanya 1 kedai saja yang buka. So, terpaksalah pergi kedai ni. Aku pun tak tau macam mana nak describe kedai ni, teruk sangat. Boss dan pekerja entah macam apa. Ayep cakap "orang Melaka memang jahat" dan teruk.
Ada satu pekerja tu hantar asam kicap (sorry kalau salah) kat 1 meja sebelah kitorang. Uncle tu cakap, "dah nak habis makan dik, tak payah hantar lagi. bagi meja sebelah ni". Teruk, teruk.
Uncle tu spotting. Then, masa uncle tu nak balik, dia cakap dengan kitorang "enjoy~".
Sangat enjoy sebab ada lah berekor-ekor kucing makan atas meja dan cawan pinggang yang tak berkemas. Serius aku cakap, ada lah dalam 5-6 kucing kelaparan mencari makanan untuk anak-anaknya dirumah. Dan dalam 4 baris meja tidak dikemas. Pekerja lepak saja kat belakang. Lepas aku bayar, kitorang semua balik ke tanah air tercinta, Muar, Johor Darul Awesome.
Sampai rumah Ayep, lepak kejap. Hans meronta-ronta nak balik cepat sebab nak bagi prosperity tu kat awek tercinta dia tu. Then, dalam pukul 1 lebih, balik dan hantar prosperity tu kat awek Hans dan balik rumah. Balik dan tidur dengan enjoy nya.
P/S: Hari pertama sekolah yang menyeronokkan.









0 komen yang dahsyat:
Post a Comment