Follower aku sikit sebab korang tak follow lah!!

January 2, 2012

Celebrate Tahun Baru di Cameron

18+, orang putih seksi, arak-arak di wild party new year (122 pictures)

Before that, Happy New Year for everyone. 2012, angka yang menarik dari dulu lagi. Aku akan sambut Tahun Baru di bulan jika menjelang tahun 2323. Tahun baru ni aku sambut New Year di Cameron Highlands. Serius selama ni sambut kat rumah je. Ini pun berkat di panggil oleh Pak Cik dan Mak Cik aku untuk diajak bercuti. Nak tunggu ayah aku ajak bercuti, memang lambat sikit lah, tapi dengan family sendiri lagi terbaik.


Pada petang 30 Disember, dalam pukul 6 lebih. Naik van dengan Pak Busu untuk pergi Muar kat kilang. Sampai kilang, Mak Cik Liza jemput. Then, pergi makan. Masa dalam perjalanan pergi kedai makan, I saw a White Chrysler 300. Nampak sekali imbas, it so fast. Nampak macam plat Singapore, tapi bila Wan google, ada rumor kata kat Bakri pun ada jual.



Lepas makan, pergi rumah Pak Cik. Kemas-kemas barang, solat, tengok opening MaharajaLawak Mega Final kejap. Dalam pukul 11 malam, masuk Naza dan bertolak ke Cameron Highland.


Pergi lalu tol Tangkak. Then, kat tol terserempak dengan budak RXZ Malaysia konvoi nak ke Desaru. Then, terus kan perjalanan. Sampai mana entah, berhenti untuk isi minyak. Ramai mat rempit. Serius aku benci bunyi motor mat sempit, bising bila diorang remp-remp, macam jakun. Budak RXZ Malaysia aku rasa lagi bagus sebab diorang berdisiplin. Lagi pun diorang pernah back up aku dulu masa aku nak pergi gaduh dengan orang.

     Mat superbike lagi awesome, sebab motor diorang tak bising sangat dan tak bingit. Bila superbike sampai petrol gas, diorang terus park and mati kan enjin dan tak pernah buat bising. Diorang akan beratuh untuk isi minyak.


Then, sampai mana entah, somewhere in Pahang. Dah sampai atas jugak. Sampai dalam pukul 5 lebih. Aku bangun, sedar-sedar dah sampai Masjid untuk solat Subuh. Bangun, ke tandas, gosok gigi, wudhuk. 

Angin pagi-pagi sebelum subuh + darah muda + hujan renyai-renyai kurniaan tuhan + embun pagi + suhu Cameron Highland + Air wudhuk suci = WIN, sejuk gila.


Lepas solat Subuh dengan keadaan menggigil, pergi cari kedai makan untuk bersarapan. Makan lah kat mamak Mutiara ni sebab hanya kedai ni bukak 24 hours.



Lepas makan, jalan. Tak tau lah kat mana ni. Kedai pertama yang di pergi. Stop sebenarnya nak ambil gambar saja.






Then, jalan lagi nak cari jagung manis. Jalan, jalan, jalan dan jalan. Then, diorang beli sarung tangan dan snow cap untuk tutup kepala. Aku tak beli sarung tangan sebab tiada yang menarik, tak ada gambar naga, harimau, Justin Bieber, or Amir Raja Lawak.


Then, next destination is Ladang Teh. Opss, bukan ladang, it kilang. Kalau ladang, bersepah dan 1 bulan pun belum tentu dapat habis pusing.




BOH, tak beli teh pun kat sini. Hanya tengok kilangnya dan macam mana teh diproses dan macam mana di minum.


Jalan lagi, cari strawberry farm yang boleh petik strawberry sendiri.




Masuk 1 kumpulan 3 orang, kena bayar RM15 kot, eh, RM25 kot. Entahlah, lupa plak. Tapi rasanya RM25 dan dia bagi polistrin untuk isi strawberry sehingga setengah kilogram. Tapi tak banyak yang ok, so dapat isi separuh saja. Nanti dekat counter, diorang isi lagi untuk penuhkan sehingga half kilo.




Beli strawberry dikapankan coklat. Dulu masa pergi, ada jugak aku tengok dan kat Muar pun ada aku rasa, tapi hari tu baru first time beli and rasa.

     Serius bawah ni, nak ambik gambar pun susah. Nak tipu orang pun susah zaman sekarang ni. Ingat nak tipu orang ambik gambar kat oversea, tapi damn, banyak parking kereta Proton, Perodua. Nasib baik, ada kereta Singapore ni.


Then, cari kedai makan. Ops, cari RESTORAN makan. Aku lupa plak yang aku holiday dengan Bos besar Muar, so makan kat Restoran Stemboat.




Aku dan Qila makan Chicken Chop. Balqis Lamb Chop, Arif, nasi goreng Cina. Pak Cik and Mak Cik Liza makan Stemboat. Serius Lamb Chop restoran is good coz tak bau KAMBING, kalau makan kat kedai-kedai melayu. Lamb Chop bau kambing. Pak Cik complain sebab Stemboat banyak sangat bagi sayur. Ingat nak bagi kambing makan ke?


Lepas makan, pergi kat mana entah. Somewhere aku pernah pergi dulu. Serius semua tempat macam pernah pergi lah. Entah, berapa kali entah pergi Cameron Highland ni. First pergi dengan big family Nabil. Then, family berapa kali entah. Dengan rombongan sekolah SK Seri Menanti, Parit Jawa, Muar. Macam mana entah aku boleh ikut rombongan sekolah sana, masa tu sekolah rendah lagi.


Setelah cintanya ditolak, Budi sudah tidak percaya kepada wanita lagi. Kini dia 2 Alam second version.



Sudah problem si Budi ni. Ayu siot.


Sometime aku suka membuli kanak-kanak. So, tengok gambar Balqis. Sebenarnya banyak lagi, tapi aku tak nak upload banyak-banyak.



Then, pergi check in kat Century Pines Resort, Cameron Highland. Masuk bilik, kemas beg sikit. dan rehat, tidur and do whatever I like. Haha, mana kipas? aircond? Serius, semua hotel di Cameron Highland tiada aircond. Tapi dah sejuk tahap icebox bila malam.

     Bila malam, keluar untuk cari kedai makan. Jalan-jalan. Damn, I saw my dream car, BMW X6. Love it. Then, masa cari kedai makan, jumpa Ruru Rs and her family. Malaysia sangat sempit. Jalan dari parking lot X6 sampai ke hujung dan patah balik dan jumpa kedai makan yang dekat saja dengan parking lot tadi. Jalan jauh-jauh tak apa, cuci mata.



Lepas makan, back to resort. Semua masuk bilik, aku duduk kat lobby. I mean dekat Pavilion Lounge sebab diorang pasang music video Flo Rida untuk celebrate Happy New Year. Aku duduk sorang-sorang pada mulanya. Then, suami isteri orang putih datang. Diorang hanya duduk saja.

Then, makin dekat pukul 12, makin ramai. Sekumpulan orang India datang, aku rasa diorang dari India sebab diorang tak tau cakap melayu. Then, dia cakap dengan aku untuk pasang lagu India. Dah lah cakap bahasa ingeris laju-laju, aku mana faham. Then, aku cuba lah jawab. Dia cakap pulak "Are you drink it?" sambil tunjuk meja dia yang ada air Tiger, dan some alcohol. "You don't drink it?" dia tanya lagi.

     Kalau aku minum, aku rasa aku tak balik bilik. Aku terus drive Naza ke Genting Highland dan pergi Casino.

Then, diorang menari. White people dan black people dance so happily. Then, dah hampir pukul 12. Sehingga aku nampak air arak tumpah ke lantai, aku terus pergi Party Park.


Then, diorang countdown dari 10. 10, 9, 8, 7, 6, 5, 4, 3, 2, 1. Fireworks began. See that, my Naza park at a wrong place. Nasib baik mercun tak kena Naza sey. Lagi pun nasib baik diorang tak main spray putih tu, kalau tak confirm Naza kotor.


Then, pergi lobby. Tengok kat Pavilion Lounge, shit. All changes, white people dance with black people. I mean, lelaki orang putih tu menari dengan perempuan indian. Dan perempuan orang putih menari dengan lelaki indian.

Lagu pertama aku dengar di tahun 2012, It's my life. Aku bukan tak nak menari, aku malu. Aku bukan malu sebab orang nampak, aku malu sebab Allah nampak.


Takkan aku nak duduk lagi kat tempat arak tu. So, aku lepak kat lobby and drink some tea, alonely. Pukul 12.30 am tepat saja, terus diorang off lagu dan kemas semua speaker. Then, back to room and sleep.


1 Jan 2012

Bangun pagi, terus pergi Pines Cafe untuk breakfast. 2 person free breakfast and the rest, bayar lah.




After breakfast, back to room. Lepas beberapa minit, keluar lagi untuk bersiar-siar.


Wild party.



In front of Century Pines Resort. See that, my dream car. I saw last night, BMW X6. Malay drove it. Sepanjang percutian, I saw 4 BMW X6. and 2 Hummer.


Then, stop at somewhere, Cameron The Hour. Buy something. I bought a lollipop and a t-shirt.







Like that, I made that. 01 JANUARY.



Lollipop man.


This place lah, we stop tadi.


Then, went to Bee Farm.


Eat/drink some honey. Manis.





Lepas pergi Bee Farm, pergi sini pula untuk tengok air terjun. Cameron Valley, Tea House.


See that, waterfall. Dah berapa kali dah pergi sini. Tapi aku tak pernah pergi bawah tu.


Then, Mak Cik Liza, Qila, Arif, Balqis, and Oman turun bawah pergi air terjun tersebut. Aku bukan malas nak turun, aku malas nak naik balik nanti sebab aku fat fake. Lemak halal dan expensive dalam perut aku ni berat.


So aku lepak dengan Pak Cik kat atas. Beli lah teh tarik dan Blueberry Cheese Cake.


Ni gambar yang diorang snap masa kat bawah.




Sampai atas, semua penat. Haha, aku tau naik memang penat. Oman cakap "penatlah naik atas". Pak Cik pulak cakap "tak penat pun tunggu". Haha.




Lepas dah keluar daripada Cameron Valley, pergi tempat lain. I look so cute lah. Huhu, no wonderlah, I'm single.


Serius aku tak suka tengok lens bila mengambil gambar. Sebab itu adalah seni.



Gambar ini cantik, serius. Walaupun diambil oleh kamera zaman aku sekolah rendah dulu, tapi it awesome. Kalau guna DSLR, tak reti ambil gambar, tak guna jugak. Tetap gambar huduh.


Then, aku pusing-pusing kedai and I saw something beautiful. Berbunga-bunga kat taman dalam hati aku. Grassbear.


Then, jalan lagi. Eh, stop kat tepi jalan kejap sebab nampak kelapa laut.


Minum air kelapa laut, serius sedap. Tapi tak boleh selalu minum air kelapa.


Teruskan perjalanan, and stop at Cactus point to buy some castus. Nenek aku suka pokok, tapi dia dah tak ada. Mesti dia suka kalau bawak dia pergi Cameron Highland, tapi aku tak tau lah dia suka sejuk ke tidak.


Disebabkan aku bosan tengok pokok-pokok cactus dan aku takut nak jalan-jalan. Aku takut sebab takut duri cactus terkena dan menusuh hati aku. So, aku just cangkung dan termenung.



Destinasi seterusnya ialah, Time Tunnel. Banyak barang antik. Serius Arif boleh jadi model. Model bola.


Ada jugak barang yang mengingatkan aku pada zaman muda remaja. 20 tahun lagi, aku nak pergi lah baru betul banyak benda boleh terkenang.



Then, pergi pasar malam. I want to try something new. Nak makan sarang lebah. RM2 for a slice.



Lepas berpasar malam, pergi makan tengah hari. Tengah hari apa dah nak pukul 5. Try fish and chip.



Then, back to resort. Watching tv and read newspaper, what new in 2012.


Malam, berlepak diluar bilik. Menghirup udara nyaman dan sejuk.


2 Jan 2012
last day.

Paginya, breakfast dengan Qila dan Arif. Sebab ada 2 person free breakfast, tak kan nak burn pulak. So, pergilah breakfast. Makan sampai fat fake. Makan semua benda. Patutlah muka banyak jerawat. Haha, aku perdulik apa. Hidup cuma sekali. Orang gila drive Veyron pun, perempuan masih kejar lagi. So, don't worry lah.



Lepas breakfast, balik ke bilik dan kemas barang untuk check out. Angkat semua beg dan barang-barang ke kereta.


Sumbatkan beg-beg ke dalam kereta, sampai muat. Syukur Alhamdulillah sebab aku duduk masih lagi selesa.


Then, pergi Cactus Valley.






Budi always buat benda yang tak betul. Dah teruk dah budak ni.



Serius aku suka ni, orang kerdil ni. Aku cari jugak patung ni yang kecik untuk letak kat bilik aku. Sebab ianya cute enough, rajin bercucuk tanam orang kerdil ni.




Haha, aku malas nak tunduk, so nampak lah perut aku yang fat expensive tu.


Serius, ini cantik. Aku dah kata, kalau tangan seni, guna kamera apa pun kalau kreative, memang cantik. Gambar sampah pun boleh jadi cantik kalau orang seni yang snap dan orang seni yang tengok.



So tasty, then I bought a Strawberry Milkshake.



Then, balik. Stop kat tepi jalan lagi sebab nak makan durian. Durian musang sedap, tapi sejuk pulak. Serius expensive thing jer yang masuk dalam perut aku sepanjang bercuti dengan Pak Cik ni.




Lepas makan durian, jalan lagi. Balqis tolong tengok peta dan tunjuk arah.


Then, berhenti kat somewhere before went home. Aku rasa Rose Farm kot. Aku dan Pak Cik hanya tunggu dalam kereta. Aku malas nak turun sebab penat and malas. So, ini gambar yang diorang snap.





Then, terus balik. Masuk tol Simpang Pulai. Serius teringat pulak, masa keluar tol Simpang Pulai nak ke UTP, Tronoh. Masuk Selangor saja, aku rasa nak buang air. Serius tak tahan. Pak Cik tak nak berhenti sebab semua perhentian penuh, tak ada tempat parking. Sampai lah ke stesen minyak kat perhentian USJ baru buang benda yang tak perlu.


Then, sambung perjalanan dan stop kat Ayer Keroh. Solat kejap dan makan.


Then terus lagi perjalanan pulang ke Panchor. Serius suka sangat sebab tak jem kat KL or somewhere. Tapi disaat kesukaan itu, tiba-tiba jam sebelum keluar tol Pagoh. 1 jam jugak lah tesangkut. Dalam kebosanan itu, membuli Oman sehingga menangis. Sepanjang percutian, dalam 3 kali kot Oman nangis. So, aku pinjam Balqis punya penutup telinga.



Happy Ending. Sampai rumah dalam keadaan menangis. Tapi Arif ni seorang abang sulung yang simpati terhadap adik-adiknya. Dia cuba memujuk Luqman, sehingga dia tunjukkan video lucu dari handphone Arif. Thank God, sampai pun rumah dengan selamat.

Credit Pictures:
Mak Cik Liza
Siti Aqilah
Zaqwan Le

P/S: Thank You Pak Cik and Mak Cik sebab bawak kitorang pergi Holiday

2 komen yang dahsyat:

Nabilah Norlizan said... [Balas Dendam]

ee, best nye korang pegi bnyk tempat. klau kite pegi sikit je.
kite klau pegi big red strawberry farm mesti mkn ice-cream. sedappp ! hehe :D

zaqwanle said... [Balas Dendam]

@Nabilah Norlizan
sejuk lah, takut nak makan ice-cream

Search This Blog

Loading...