Follower aku sikit sebab korang tak follow lah!!

January 17, 2012

Accident motorbike v3.0

16 JANUARY 2012

Pukul 12, aku start belajar memandu. Pukul 1, balik. Singgah 7 Eleven Jasin untuk minum air tin, dan beli gula getah. And a bought a chocolate for her. Bila aku nak balik, aku lalu lah lebuhraya AMJ. This is the second time aku lalu jalan tu. Kali pertama, masih boleh kawal lagi and balik dengan selamat. Kali kedua, aku lost control dan tumbang, seret di tengah jalan.


Pukul 1.15 tengah hari, the story is, selekoh dan jumpa jambatan. Kalau jambatan, of course lah tak rata. Bila lalu jalan tak rata tu, handle terus goyang and aku tak boleh tegakkan balik handle tu.  Then, motor sekali ikut goyang dan aku dipersilakan baring di tepi jalan. Motor jatuh and seret sampai tepi rumput, tapi aku sampai tepi jalan saja. Aku rasa masa tu 140 km/h, sebab biasa 140 km/h lah aku ride.

     Sangat simpati tengok motor terbaring di tepi jalan. Then, 1 Nissan X-Trail putih berhenti tepi jalan untuk tolong aku. Kalau dah X-Trail, of course goverment car, putih pulak tu. 3 orang tolong bangunkan motor aku. Thank abang-abang goverment. Aku call ayah aku suruh datang, bawak ford ranger dengan Pak Busu untuk angkat motor tu. Ayah aku tanya cedera parah tak, aku kata tak sangat. So, ayah aku solat Zohor dulu. Pada hari tu, ayah aku tak selera nak makan, ada sebab tu. Then call Mak Busu aku, coz ayah dia duduk Jasin. Tapi ayahnya di masjid solat Zohor.


So, dua orang yang tolong aku tu tolong tolak motor aku untuk parking kat tempat elok sikit. Kalau letak saja tepi jalan, takut hilang. Masa aku potong Nissan X-Trail ni, teringin jugak nak naik. Tapi, yes I win. Dapat naik sebab diorang nak hantar aku pergi Klinik Kesihatan Merlimau.


Lepas diorang hantar aku, diorang terus balik sebab boss diorang dah call. Abang tu siap nak bagi duit lagi kat aku, patutnya aku yang bagi diorang. Tapi tak sempat-sempat, diorang dah pergi.

     Terus masuk Wad Kecemasan. Baring atas tilam yang empuk daripada jalan tar yang aku baring tadi. Kasi cucuk 1 jarum, then cuci luka-luka aku. Sapu ubat kuning and rehat. Haha, still boleh gurau-gurau dengan stuff klinik tu. Aku kan tak boleh serius. Masa lepas eksiden pun masih boleh ketawa, tapi rasa sakit sikit kat tempat luka tu.

     Then, Mak Busu dengan ayah dia sampai. Pergi pulak x-ray. Yes, first time x-ray. Then, pergi jumpa doktor, room 9. Cek, x-ray, mata, semua lah. Then, pergi ambik ubat. Untunglah satu klinik tengok aku tak pakai baju.

Wad Kecemasan. That the doctor, purple one

Then, beredar. Aku naik myvi dengan Mak Busu. Singgah pasarraya untuk beli roti dan air sebab aku nak makan ubat. Sebelum makan ubat, kena isi perut dulu. Untunglah budak Merlimau tengok aku separuh bogel dalam kereta. Mak Busu aku boleh parking pulak betul-betul kat depan budak tu, untunglah diorang.


Then, pergi lokasi kejadian. Parents aku dah sampai situ dengan Pak Busu dan Parents Mak Busu aku. Kawasaki Ninja 250r accident dan tak larat nak angkat naikkan atas ford ranger. Then makan dulu goreng pisang, makan petang pukul 3.

Then, ayah aku tegak kan handle motor. So, ayah aku kena bawak balik sebab tak boleh naikkan atas ford ranger.



Singgah kedai motor Gemuk kat Serom 4. Ingat nak tukar barang semua, barang spare part pulak tak ada.


Ini, kecederaan motor aku. Signal depan kelaut, calat SIKIT. Fairing pecah sikit. Tank calar sikit.


Break patah. Dulu masa sehari selepas birthday aku, patah yang belah sana, belah gear. Ni, pelah break plak.


Ekzos calar, rasanya termasuk dalam sikit. Set belakang calar.


Tali pinggan menjadi saksi kejadian. Then, motor ayah aku bawak balik rumah.


Malam pulak. Hans, Ketam, Nong datang melawat. Terima kasih kawan. Diorang bawak pergi Bukit Gambir. Ye, sakit-sakit pun masih jalan-jalan lagi. Pergi kedai, jumpa ayah aku. Then pergi makan kat Budiman. Tangan calar-balar pun, masih lepak kat luar lagi. Tak serik-serik lelaki skarang. Duduk rumah, bosan!

Bagi Anniversary Planet Wan yang pertama ni, champagne showers terpaksa dibatalkan kerana badan aku sudah luka-luka, calar-balar. Jangan nak mandi air kencing syaitan pulak. Saya perlukan air zam-zam untuk cuci sikit dosa-dosa aku luaran dan dalaman.

P/S: Chocolate for her, sepanjang perjalanan accident in my pocket.

1 komen yang dahsyat:

Anonymous said... [Balas Dendam]

Seronok ke jatuh motor?
Ha ha ha gurau aje tu.

Itulah, lain kali jangan berangan2 jadi jutawan - pakai kereta Buggati, Lamboghini @ Ferrari, cuba lah ingat golongan2 miskin dan papa kedana tu sikit - yang seumur hidup tak pernah makan KFC pun ada...Sian....

Search This Blog

Loading...